Pengenalan Handphone AP Set & Original
Tahukan anda, kebanyakan model handphone sekarang telah mengeluarkan AP
set yang mirip dengan original. Diingatkan anda supaya berhati-hati
terutama semasa hendak membeli handphone baru. Terdapat beberapa
perbezaaan antara handphone original dengan handphone AP set. Mari kita
kongsikan bersama maklumat mengenai handphone ini memandangkan masih
ramai lagi belum mengetahui akan hal ini.
Produk AP Set (Authorized Product) mempunyai kualiti yang sama 100%
seperti Original tetapi, anda perlu tahu bahawa dia bukanlah pengedar
yang diiktiraf oleh pengeluar handphone tersebut. Misalnya Nokia, Asia
Mobile, uTNT dan VSCOM merupakan di antara pengedar AP Set bagi Nokia
tetapi mereka tidak diiktiraf. Untuk original pula, Zitron dan Avaxx
adalah pengedar Nokia yang sah.
Perbezaaan Handphone Original vs AP Set
Pertama, dari segi warranty. Handphone original akan
mendapat warranty dari syarikat pengeluar utamanya sendiri contohnya
seperti Samsung mendapat warranty daripada Samsung Malaysia Electronic
(SME) dan iphone dan ipad mendapat warranty daripada Apple. Jangkamasa
warranty bergantung kepada syarikat terbabit. Selalunya warranty bagi
handphone original adalah 12 bulan atau 24 bulan. untuk handphone AP
pula, warranty adakah daripada syarikat yang mengedarkan handphone
terbabit. Jadi warranty tersebut tidak akan diterima oleh mana-mana
syarikat pengeluar utama. Sebarang kerosakan handphone AP mestilah
dirujuk kepada pengedar atau kedai yang mereka beli.
Kedua, perbezaannya adalah dari segi harga. Harga AP Set adalah jauh
lebih murah berbanding original. Bukan sikit tau tapi beratus jugak la
perbezaan harga kedua handphone ni.
Kalau anda tanya pendapat saya, saya akan beli handphone AP set.
Mengapa? Kerana kualitinya adalah sama 100% dan cuma beza pada warranty
sahaja. Saya nak tanya, adakah anda akan pergi ke Samsung SME contohnya
jika anda pandai jaga handphone anda dengan baik? Sayang rasanya kita
membazir, kalau kita pandai jaga nescaya handphone tu akan kekal lama
dan takkan mudah rosak. Harga AP Set murah la, jadi dah ada penjimatan
kat situ. Kalau AP Set murah RM200 daripada original? Teruja kan? RM200
tu boleh buat macam-macam la. Kalau nak makan pula, boleh kenyang lebih
seminggu.
Cara Nak Kenal AP Set / Original / CLONE
1. Original warranty 1 tahun kebiasaannya bagi (Samsung,Nokia,Sony
Ericsson, iPhone Etc) kecuali HTC dan Blackberry mempunyai 2 tahun
warranty dari Brightstar / Brightpoint. Kadangkala warranty Samsung juga
ada 2 tahun bagi model yang baru keluar tetapi hanya boleh didapati di
Samsung sahaja.
2. Kalau Clone, pastikan anda check internal memory. Kebiasaannya
internal memory handphone Clone adalah 2GB - 4 GB sahaja. Jarang ada 8GB
dan sangat jarang untuk menjumpai 16GB. Contohnya Original Samsung
Galaxy S3 adalah 16GB manakala S3 Clone yang banyak dijual yang
mempunyai rupa yang mirip dengan S3 Original adalah 4GB sahaja.
3. Pastikan ada sticker Original di belakang tempat letak battery.
Kebiasannya akan terdapat 1 sticker berbentuk bulat. Contohnya Samsung =
Sticker bulat ada logo samsung dan bersaiz kecil sahaja.